Isnin, 1 Ogos 2016

JENIS LAMAN WEB

JENIS - JENIS LAMAN WEB

Apa itu laman web ?


Laman web ialah dokumen elektronik dalam jaringan sejagat yang boleh mengandungi teks ,grafik,imej,bunyi,video dan pautan ke dokumen atau tapak web lain.
Terdapat pelbagai jenis laman web dalam Internet,seperti laman web organisasi,peribadi,komersial,hiburan,berita dan sosial.


Perhatikan jenis-jenis laman web di bawah;

laman web organisasi;

Laman web organisasi menyediakan maklumat tentang suatu organisasi termasuk struktur,aktiviti dan berita organisasi. Antara contoh laman web organisasi ialah;
A. www.moe.gov.my
B. www.prngakapmalaysia.org

Laman web hiburan;

Laman web hiburan menyediakan maklumat mengenai hiburan seperti muzik,video,sukan dan permainan. Antara contoh laman web hiburan ialah;
A. www.langkawiregatta.com
B. www.mousebreaker.com

Laman web berita;

 Laman web berita memaparkan berita semasa seperti peristiwa,sukan,cuaca dan kewangan. Antara contoh laman web ialah;
A. www.bernama.com
b. www.nst.com.my

Laman web sosial;

Laman web sosial memaparkan maklumat serta menggalakkan interaksi antara sesama pengunjung laman tersebut. Antara contoh laman web sosial ialah;
A. www.twitter.com
B. www.facebook.com

Laman web komersial;

Laman web komersial memaparkan perkhidmatan yang ditawarkan atau produk yang dijual oleh syarikat. Antara contoh laman web komersial ialah;

A. www.pos.com.my
B. www.tnb.com.my

Laman web peribadi;

Laman web peribadi merupakan laman webyang tiada kaitan dengan mana -mana organisasi. Antara contoh laman web peribadi ialah;
A. www.snusmanawang.com
B. www.zulkifliyusoff.com